Sunday, March 21, 2010


UPNM WARRIOR HUMANITARIAN OUTREACH PROGRAMME
.....HAS KICK OFF!!!....

Pada 20-21 Mac yang lalu...pasukan UPNM yang terdiri dari 51 orang mahasiswa 1Malaysia UPNM telah menjalankan program kemanusiaan di SK Sg Kertas, Gombak. Bagi fasa pertama program, pelajar upnm telah menjlankan kerja menaik taraf pusat sumber sekolah SKSK bagi menjadikan ia tarikan utama murid-murid di situ.....semua pelajar UPNM telah menunjukkan komitmen yang cemerlang dengan melakukan kerja tanpa henti hingga larut malam ( sampi kul 5 pagi..n sambung semula 8.30 pagi esoknye...fuhh...penat2 tapi seronok)

Alhamdullilah, pihak sekolah juga telah memainkan peranan yang baik dengan membantu dari segi penyediaan makanan dan penginapan semasa program itu berjalan..dan juga guru-guru yang sudi bersama kami..Terima Kasih kami ucapkan!! (Makanan memang best!! thanx byk2 cikgu!!)

Program ini akan bersambung semula pada minggu ini iaitu 26-28 Mac 2010 untuk sesi motivasi ' Program Kilauan Mestika' bersama 80 orang murid lasak SKSK...Doakan semuanya berjalan lancar...

Terima Kasih sekali lagi kepada semua yang memberi sokongan!!!
Tidak lupa juga kepada wakil dari Jabatan Pelajaran Selangor,
Yang Mulia Raja Aziah Binti Raja Adnan dan keluarga..
(yang turut bertungkus-lumus bersama kami bekerja hingga lewat malam..fuh..)
dan juga Timbalan Naib Canselor HEPA UPNM,
Prof Wan Mahzom binti Ahmad Shah
yang telah sudi hadir memeriahkan lagi suasana...

Jumpe lagi pada hujung minggu ini...Gempur!! Wira!!

ikhlas,
Pengarah Projek

Saturday, March 13, 2010

terima kasih!

Dengan ini secara rasminya mengumumkan pertandingan 1MALAYSIA @CAMPUS SNAPSHOOT AND VIDEO SHOOTOUT ditutup penyertaanya.Trima kasih atas penyertaan anda.Nantikan pengumuman pemenangnya. ^_^